Tuesday, August 16, 2011

Tanya ciKgU kehAdiraN anaK muridnya ~ ♥ ♥
RINDU ? hadiR ciKgu.♥
BENCI ? saYa ....
KASIH ? Tak hadiR
SAYANG ? saKiT cikgu ♥
CINTA ?? CINTA kemana? tanya CIKGU...
RINDU & BENCI mEnjaWaB : CINTA puLang cikgu..
KEnaPa ??. tanya CIKGU..
sErEntaK RINDU & BENCI menjaWab : KERANA CINTA XKN PERNAH HADIR TANpA KASIH & SAYANG.. :) ♥ ♥

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari
dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya
.

hadiah utk mu...

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Monday, August 15, 2011

keajaiban

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yg jrg berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor t'akhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..!

Contoh: Anda yg lahir pada thn 1989, umurnya skrng 22 pd tahun ini. Jadi, 89 + 22= 111..!!! Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun!
Subhanallah...
.

BERBUKA PUASA

hari ini dah 16 hari umat islam berpuasa. pasti seronokkan berbuka puasa ngn insan yg kita syg. pastinya sunggu bermakna. jika x dapat nak berbuka ngn insan yg tersayang, mungkin ada hikmah disebaliknya. Esok 17 ramadhan = 17 ogos = bufday m.i.n yg ke 26 tahun. semoga min panjang umur, sehat selalu, diberi kebahagian dunia dan akhirat. walaupun mgkin kt xdapat berjumpa, xdapat sms, sy sentiasa ingat kat awak. maafkan sy atas kesedihan yg telah sy lakukan pd awk. sy x kan sebut lg tntng perkara itu. sebab bg sy, sy bukan seorang yg kejam dan memaksa. sy x nk awk fikir sy memaksa awk. sy doakan awk akan capai impian awk pada umur 27 tahun seperti yg awk impikan min. 

Monday, July 18, 2011

16.07.11

tarikh yg membuatkan aku mengigil dan terkejut...seperti x disangka dia buat kejutan dgn kedtgn nya utk  merisik...dgn pakaian tshrt dan suar track...malunya rasa...tp ht rasa bahagia...semoga jodoh kami di panjangkan sepanjang2nya dan diriku sebagai rusuk kanan mu...

Monday, June 27, 2011

Arini masuk opis awal tu...kol 8 da tb...ehehehe....cuaca sejuk pagi ni...mood pon sejuk...mata ngntok..rasa mcm nak tdo...hati bunga2...hope dpt buat yg terbaik utk dia...syg dia...k lah nak sambung buat keje...t sambung bila2 free.

*_^